Followers

★I'll Follow You Later★

Saturday, October 31, 2009

PENGARAH BERTOBAT

Seorang pengarah Syarikat tiba-tiba saja jatuh stroke. Dia dirawat di ICU. Di dalam mimpi dunia roh,seorang malaikat mengampirinya dan berkata "jika dalam 24 jam ini ada 50 orang yang berdoa kesembuhanmu maka kamu akan hidup tapi jika sebaliknya, maka kamu akan mati! ".



Ohh 50 orang... itu sangat mudah datuk "Kata si pengarah".Malaikat pun pergi dan akan kembali nanti 1 jam sebelum waktu yang ditersetujuhi.Maka tepat 23:00,Malaikat datang.Dengan bangganya si pengarah pun bertanya"Apakah esok pagi aku akan pulih?".Pastilah banyak yang berdoa untukku, jumlah pekerja ku lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukanlah perkara susah.Dengan lembut si Malaikai berkata,"Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang saja yang berdoa buatmu, waktumu tinggal 60 minit saja lagi." Si Malaikat menunjukkan screen besar..3 orang yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada 2 orang anak keci, putera puterinya yang berdoa denagn khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.
Kata Malaikat,"Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan mahu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus mengharapkan kesembuhanmu."
Di screen itu si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh. "TUHAN, suamiku bukanlah ayah yang baik!Dia selalu menghianati pernikahan kami, Dia tidak jujur dalam kerjanya, Dia memberi sumbangan untuk populariti saja, menutupi perbuatannya yang tidak layak. Tapi Tuhan tolonglah pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu memebesarkan mereka seorang diri.'Melihat peristiwa itu air mata mengalir di pipi si pengarah. Timbul penyesalan di hatinya. Malam ini dia sedar betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu tinggal 10 minit lagi, si pengarah menangis tapi waktunya sudah terlambat! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang! Dengan sedihnya dia bertanya, "adakah ada di antara pekerja-pekerja ku, teman organisasi ku yang berdoa buat ku?" Jawab si malaikat: "memang Ada... Tetapi mereka tidak ikhlas berdoa, ada yang bersyukur kau jatuh sakit saat ini. Itu semua kerana selama ini kamu mementingkan diri, sombong, ego, rasuah makan duit pekerja dan kau bukanlah pihak atasan yang baik. bahkan kamu sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah yang tidak setimpal dengan kesalahannya dan pekerja miskin.Si pengarah tertunduk lemah, dia pasrah kalau malam ini adalah malam terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan isteri yang setia menjaganya sepanjang malam. Air matanya tambah deras, ketika mellihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.
Ketika waktu menunjukan pukul 24:00 tepat tiba-tiba si Malaikat berkata "Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! kau tidak jadi meninggal, kerana ada 47 orang yang berdoa buatmy tepat jam 12:00."
Dengan hairan dan tidak percaya , si pengarah bertanya: " Siapakah 47 orang itu?" Sambil tersenyum si Malaikat menyunjukan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. "Bukankah itu pusat Asuhan Anak Yatim?" kata si pengarah perlahan, "Benar Anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk menarik populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri."
"pagi tadi, salah seorang anak konven Anak Yatim membaca di surat khabar, bawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. setelah melihat gambar di surat khabar adalah orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim berkumpul dan berdoa rosari buat kesembuhanmu."
Doa sangat besar kuasanya jika disertai dengan Iman. Doa tampa Iman seperti melonong. Kita adalah pemalas dan tidak ada masa apa lagi berdoa untuk orang lain. Ketika kita mengingati seorang sahabat lama/keluarga bukanlah kebetulan. Mungkin mereka memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.
Komuniti Kristian bila berkumpul dan patut berdoa bersama. Kuasa perubahan sangat besar kepada pembinaan masyarakat. sayang sekali, komuniti kita lebih berminat kepada makanan dan minuman secara berlebihan, bukan lagi untuk kesihatan tetapi mungkin mengatangkan mudarat.

No comments:

★ Logo Sandakan ★



★Want more Money click Me★